POPULARITI WARISAN KIAN MENINGKAT DIKALA POLITIK SEMASA SEMAKIN MEMBOSANKAN

Menurut statistik PRN 16 Sabah 2020, PARTI WARISAN mencatatkan undi popular 42.39% atau 375,835 undi berbanding KUMPULAN GRS 42.13% atau 315,599 undi. Justeru itu, di sini dapat melihat bahawa dalam keputusan ini ‘One Single’ parti paling besar ialah Warisan iaitu 23 kerusi berbanding parti-parti yang lain. Rakan kerjasama WARISAN yang terdiri dari PKR 2 , DAP 6 ,  UPKO 1 , dan Amanah  tidak mendapat sebarang kerusi, dengan keseluruhan 32 kerusi DUN.

Walaupun GRS memenangi 38 kerusi DUN dalam PRN Sabah Ke-16 yang lepas, namun semua itu hasil “patak-patak” gabungan parti komponen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalahkan WARISAN Plus yang memenangi sebanyak 32 kerusi yang hanya ada kelebihan 5 kerusi.

Namunpun begitu, secara realitinya Parti Warisan masih popular di kalangan rakyat Sabah.
Manakala kerajaan negeri Sabah di bawah GRS adalah satu ikatan yang lemah dan boleh disifatkan sebagai kerajaan haram kerana tidak dapat didaftarkan sebagai “entiti rasmi” kerana ada di kalangan gabungannya terutama parti UMNO tidak bersetuju GRS didaftarkan secara rasmi akibat permusuhan antara PPBM-UMNO di peringkat pusat.

Ramai yang sarkastik melihat WARISAN melebarkan sayapnya di luar Sabah kerana beranggapan kononnya parti ini tidak mempunyai kemampuan. Tetapi anggapan ini adalah salah jika melihat pada angka statistik 42.39% atau 375,835 undi sokongan rakyat Sabah terhadap parti ini.

Manakala di Semanjung parti ini (WARISAN), diterima dengan baik oleh tiga kaum yang besar yakni Melayu, Cina dan India dalam masa singkat telah menyebar di negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kedah, dan penstrukturan kawal selia di negeri tersebut berjalan dengan baik dan teratur.

Kebetulan bertepatan di PRN Johor, WARISAN memutuskan secara rasmi untuk bertanding bagi memberi pilihan kepada pengundi Johor membuat keputusan terbaik memilih bentuk kerajaan yang mereka inginkan, sebagai pilihan pengundi yang muak dengan parti-parti yang berdasarkan kaum dan agama.

Jika benar rakyat Johor menolak parti yang berkonsepkan perkauman, tentu sekali akan memilih parti Warisan yang berkonsepkan kesederhanaan tanpa perkauman dan agama.

Kesimpulannya, WARISAN ke Semenanjung bukanlah hendak menyakiti parti-parti di dalam PH. Sebagai parti yang berbilang agama dan bangsa serta memperjuangkan konsep Unity atau Perpaduan, Warisan sememangnya layak untuk mewakili setiap rakyat Malaysia bukan sahaja di Sabah tetapi juga Semenanjung.

WEDNESDAY, 2 March 2022
Kota Kinabalu Sabah

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started