Design a site like this with WordPress.com
Get started

SAMAN RM1.5 BILLION YANG DITERIMA KERAJAAN NEGERI

SAMAN RM1.5 BILLION YANG DITERIMA KERAJAAN NEGERI.

Baru baru ini viral di media sosial artikel yang bertajuk “Baru setahun lebih, Warisan dah disaman RM 1.5 billion”.

Baca artikel:

Baru Setahun Lebih, Warisan Dah Disaman Sebanyak RM1.5 Bilion

Perkara ini masih diperingkat perbicaraan mahkamah dan rakyat tidak perlu panik seolah olah kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu membayar RM1.5 billion dari wang rakyat.

Kes saman ini masih diperingkat perbicaraan dan kita berdoa semoga peguam kerajaan yang dilantik berjaya memenangi kes ini dengan cemerlang.

Saya mengulas kenyataan tersebut bukanlah kerana saya arif dalam bidang undang undang.

Kebanyakan saman yang dikemukakan tersebut dikemukakan oleh syarikat berkaitan kayu balak yang terjejas akibat pembekuan eksport balak di Sabah.

Rakyat harus berterima kasih dan bersyukur kerana dikurniakan pemimpin seperti YAB Datuk Seri Shafie Apdal. Eksport balak telah dibuat sekian lama dan hasilnya, Negeri Sabah masih disebut sebagai Negeri Miskin dan Yayasan Sabah yang sepatutnya untung, malah menanggung hutang ratusan juta.

Syarikat syarikat yang terjejas ini haruslah berfikiran jauh kehadapan. Jangan hanya memikirkan keuntungan sekejap semata mata. Pengharaman cuma berlaku kepada eksport kayu balak dan bukannya menebang kayu balak.

Syarikat syarikat yang menyaman kerajaan ini adalah syarikat yang bernilai ratusan juta dan malah billionnaire.

Sekiranya syarikat syarikat ini memandang jauh kehadapan, melabur terus kepada industri hiliran sudah tentu ia akan memberi keuntungkan lebih 10 kali ganda.

Apa salahnya syarikat ini melabur dalam pembinaan kilang kilang seperti perabot dan lain lain. Pelaburan tersebut juga sudah tentu akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Disamping itu perusaah tersebut dapat membantu mempertingkatkan pendapatan kerajaaan melalui pembayaran cukai yang berkenaan.

Kita juga dapat melihat polisi kerajaan negeri yang baru berkenaan menarik pelabur juga dilihat lebih telus, mesra dan efektif.

Perjanjian-perjanjian yang dibatalkan tersebut sudah tentu telah difikir dan dibincangkan semasaknya oleh Ketua Menteri.

Marilah seluruh rakyat Sabah kita beri sokongan padu kepada Kerajaan Negeri hari ini. Segala keputusan keputusan yang dibuat lebih menjurus kepada manfaat dan kebaikan rakyat secara keseluhuan.

Bukan untuk kepentingan individu mahupun kroni.

Hj Tsabbit Aqdamana.
Wira Warisan Sabah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close