INTIPATI : PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Perkara 1 – menyatakan bahawasanya Borneo Utara
dan Sarawak, dan Singapura akan disekutukan dengan
Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali sebagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut
surat cara Perlembagaan yang dilampirkan pada surat perjanjian dengan penamaan

Perkara 2 – menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal Perlembagaan melalui Parlimen Persekutuan dengan memastikan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan akan menjadi suatu Akta untuk dipatuhi di dalam Perlembagaan yang digubal dan akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963 dan tarikh ini akan dikenali sebagai “Hari Malaysia” (tarikh ini kemudian berubah kepada 16 September 1963 disebabkan oleh beberapa hal).

Perkara 3 – menyatakan mengenai tanggungjawab kerajaan United Kingdom untuk menyerahkan kepada Queen, perintah-perintah untuk membolehkan Perlembagaan negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura berkuatkuasa mengikut lampiran-lampiran perlembagaan setiap negeri tersebut yang dilampirkan bersama-sama surat perjanjian.

Perkara 4 – menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan United Kingdom untuk mendapatkan penggubalan satu Akta di Parlimen United Kingdom bagi membolehkan perlepasan hak kedaulatan oleh Queen ke atas Borneo Utara, Sarawak dan Singapura, bermula pada “Hari Malaysia” dan diserahkan kuasa itu mengikut Perjanjian dan lampiran-lampirannya.

Perkara 5 – menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mendapatkan penggubalan Akta oleh Parlimen bagi meminda skop imigresen untuk kemasukan ke Sabah dan Sarawak serta peruntukan-peruntukan khas seperti lampiran yang ter-
tentu yang dilampirkan bersama-sama Perjanjian ini akan tertakluk kepada penggubalan Akta tersebut.

Perkara 6 – menyatakan mengenai Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom pada 1957, kini akan diperluaskan bagi semua wilayah “Malaysia” serta kebenaran untuk United Kingdom terus menggunakan pangkalan-pangkalan tentera sedia ada, terutamanya di Singapura, seperti mana dalam lampiran di dalam Perjanjian ini.

Perkara 7 – menyatakan mengenai persetujuan bagi membolehkan Queen membuat perintah mengenai pembayaran saguhati kepada para pegawai dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat, terutama di North
Borneo dan Sarawak sebelum Hari Malaysia. Selain itu, ia turut menyentuh mengenai Perjanjian Pegawai Awam yang harus ditandatangani oleh Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia juga hendaklah memperoleh persetujuan daripada Kerajaan Sabah, Sarawak atau Singapura sebelum menandatangan perjanjian itu.

Perkara 8 – menyatakan mengenai tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan segala syor, jaminan dan aku janji yang terdapat di dalam Bab III dan Lampiran A dan Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 Februari 1963 selagi mana ia tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 9 – menyatakan mengenai keperluan menjadikan Lampiran J yang berkenaan dengan Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan di dalam perjanjian ini dijadikansebagai Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura.

Perkara 10 – menyatakan mengenai keperluan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura dalam menjalankan kuasa-kuasa yang ada berkenaan siaran radio dan televisyen seperti mana termaktub di dalam Lampiran K di dalam Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui Perlembagaan Malaysia.

Perkara 11 – menyatakan mengenai keperluan Perjanjian ini ditandatangani di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja manakala setiap lampirannya hanyalah di dalam Bahasa Inggeris. Jika kekeliruan berlaku, maka naskhah Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai tafsiran yang sah.

PERJANJIAN 20 PERKARA MA63 SEBENAR

Perkara 1:Agama
Tiada bantahan agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi tiada agama rasmi di Sabah.

Perkara 2:Bahasa
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Namun  Bahasa Inggeris boleh digunakan semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3:Perlembagaan
Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

Perkara 4:Ketua Persekutuan Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan (YDP Agong).

Perkara 5:Nama Persekutuan “Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

Perkara 6: Imigresen
Kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Perkara 7:Hak Menarik Diri
Tiada hak menarik diri dari Malaysia.

Perkara 8: Borneonisasi
Sabah dan Sarawak ada hak melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam.

Perkara 9: Pegawai-pegawai British Pegawai-pegawai Birtish digalakkan untuk teruskan perkhidmatan dalam pentadbiran sehingga mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Perkara 10:Kewarganegaraan Warga Sabah juga adalah warga Malaysia.

Perkara 11: Cukai dan kewangan Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara Bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya

Perkara 13:Kerajaan Negeri
Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14:Jangkamasa Peralihan Sabah dan Sarawak diberi tempoh 7 tahun untuk menyesuaikan kuasa perundangan dengan kerajaan Persekutuan.

Perkara 15:Pelajaran
Sabah dan Sarawak boleh kawal sistem pelajaran sendiri.

Perkara 16:Perlindungan kepada Perlembagaan
Tiada pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memberi kesan kepada Borneo Utara boleh dibuat tanpa persetujuan kerajaan Sabah dan Sarawak.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Jumlah Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak juga perlu mengambil kira keluasan negeri dan jumlah penduduk sahaja.

Perkara 18: Nama Ketua Negeri Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Perkara 19: Nama Negeri
Sabah.

Perkara 20: Tanah, hutan,
kerajaan tempatan dan lain-lain
Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara.

PERKARA 20 HANYA DRAF DAN DIMASUKAN DALAM MA63 DAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA 🇲🇾.

FRIDAY, 9 APRIL 2021
KOTA KINABALU SABAH

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close